MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Wednesday, April 29, 2009

JALAN-JALAN KE MEDAN - HARI KEDUA

Kami bermalam satu malam di Lake Toba. Pada mulanya hiruk-pikuk sebab masing-masing tak ada air-cond di bilik. Al-maklum, sudah manja semuanya. Kami diberitahu yang air-cond tidak diperlukan kerana cuacanya yang sejuk di Lake Toba. Hm... semua merungut ... macam tak percaya pun ada.

Tapi bila dah bangun besok pagi ... haaa .... baru tahu sejuk brother.

Sungguh indah pemandangan pagi di Lake Toba dengan cuacanya yang dingin sekali.

Feri yang akan kami naiki untuk ke Pulau Samusir (tak pasti ejaannya betul atau tidak).

Sudah siap bersiap sedia untuk bersarapan pagi.

Sambil tu .. check-out sekali kerana kami akan memulakan perjalana balik semula ke bandar Medan. Dalam perjalanan kami akan singgah ke Pusat Air Terjun.

Bergambar bersama semua di depan hotel Cottage Parapat, Lake Toba.
Gambar diambil direstoran Cotttage.

Habis bersarapan, kami terus menaiki feri untuk ke Pulau Samusir. Katanya shopping ... kita tunggu & lihat kehebatannya.

Tugu di Pulau Sumasir

Sibuk masing-masing mengambil gambar-gambar untuk kenangan.
Sampai aje di Pulau ini, kami dibawa ke tempat bersejarah. Ini kira cerita tentang sejarah raja-raja mereka dulu le. Menarik juga tapi tak ramai yang minat nak tahu pasal sejarah ini, Group nie dah tak sabar-sabar nak shopping ... heheheheh.. HORAS!


Dah habis tempat bersejarah kami lawati, kami pun berjalan-jalan sekeliling barang untuk memilih barang-barang apa yang boleh dibawa pulang. Hampir setengah hari kami habiskan masa di Pulau ini sebelum menaiki feri semula dan meneruskan perjalanan dengan bas ke Berastagi.
Sungguh indah melihat pemandangn Lake Toba dari atas bukit.

Dalam perjalanan ke Berastagi kami singgah di kawasan air terjun. Namanya pun dah tak ingat. Sungguh menakjubkan keindahan alam dan kuasa tuhan melihat bagaimana terjadinya air terjun ini ditengah-tengah & dicelah-celah batu batan atau mungkin rekahan.
Tak boleh nak bayangkan betapa besarnya kawah gunung berapi ini hingga terhasilnya Lake Toba.

Lewat petang, kami sampai di Berastagi. Aduh!!!! Cuacanya sungguh digin sekali ya. Selain shopping, antara acara-acara yang rombongan ini buat adalah seperti menaiki kuda.

Sampai di hotel Medan sudah hampir pukul 8 malam. Semuanya sudah keletihan. Ada yang makan saja dihotel & ada juga yang keluar mencari BAKSO. Masih ada hari ketiga esoknya di Medan.

JALAN-JALAN KE MEDAN, INDONESIA - HARI PERTAMA

Post kali ini lari dari topik kek & kuih-muih. Trip ini sebenarnya dah lama, bulan Mac hari itu tapi tak berkesempatan untuk edit & load. Maaf le kepada jiran & rakan yang menantikan post ini ye. Seperti biasa, tahun ini lorong 3/13 telah sepakat untuk ke Medan. Lebih kurang 20 orang anak-anak, ibu & bapa yang mengikuti program jelajah ini.

Sebaik sahaja menjejakkan kaki di lapangan terbang Medan, kami terus dibawa untuk makan tengahari. Apa lagi ... nasi padang le.

Senyum jangan tak senyum ... baru sampai Medan ... heheheheh
Ha ! Ini pecal Medan.
Daging goreng - my hubby & me punya favorite.
Udang goreng tepung - my hubby punya favorite gak.
Gembira semunya menanti hidangan dihidangkan untuk makan tengahari.
Sebaik sahaja habis makan & menunaikan solat & menyegarkan badan, kami meneruskan perjalanan hari pertama kami di Medan terus ke Lake Toba. Perjalanan kami dari lapangan terbang ke Lake Toba memakan masa lebih kurang 4 jam. Ada juga yang sempat tidur kat belakang tu...... almaklum perut pu dah kenyang.

Inilah panorama yang sempat diambil oleh saya melihat kenderaan motor ini dengan 7 pemboncengnya.
Kami tiba di Lake Toba lebih kurang pukul 8 malam. Suasananya sejuk sekali ditambah pula dengan hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami.
Sebelum mendaftar masuk di hotel, kami singgah dulu di Restoran Nasi Padang Lake Toba.

Maggie 'Indon'.

JALAN-JALAN KE MEDAN, INDONESIA - HARI KETIGA & HARI KEEMPAT

Masih lagi berkisar tentang jalan-jalan ke Medan masuk hari ketiga. Awal-awal pagi lagi kami sudah bersarapan dan menunggu bas untuk ke tempat membeli-belah di Bandar Medan.
Lihat tu... ingat di Kuala Lumpur je yang jaguh ... rupanya di Medan lagi dahsyat .... rapat sungguh kedudukan dua bas tu antara satu sama lain, siap kalau nak pi tolong tutup tingkat bas sebelah tu pun boleh ...

Tidak banyak gambar yang dimabil di hari ketiga ini sebab sibuk membeli belah. Walau pun Medan tidak sehebat Bandung, tapi ada juga ole-ole yang dibeli dan dibelah..... hehehehe
Dah penat shopping, kami berhenti makan tengahari di Restoran Simpang Tiga. Pghhhh ... memang ini yang kami nanti-nantikan. Sedap sungguh makan nasi padang di sini.
Sebelah petangnya pula, kami singgah di kedai menjual kek-kek lapis. Habis berkotak-kotak yang rombongan kami bawa pulang.
Hari keempat, hari terakhir kami menetap di Medan, sudah tiba masanya untuk pulang ke tanah air. Separuh dari kami pulang lebih awal dengan menaiki penerbangan pagi dan separuh lagi penerbangan petang. Bagi yang penerbangan petang, kami pergi shopping lagi ... masih lagi ada barang-barang yang belum dihabis dibeli atau tertinggal untuk dibeli ... hmmm ... macam-macam.
Itulah kisah kami berjalan-jalan di Medan, Indonesia.

Tuesday, April 28, 2009

MINI CUPCAKE

Mini cupcake - flavor chocolate kek with chocolate topping
Delicious & yummy ... Yatiecooking latest product
Mini & cute in size
Tinggi cupcake - 3.5 cm & diameter 4cm
Harga - RM1.00/pc & negotiable for bulk quantity
To order, sms Yatie at 012-3243373 or send order to norhayati4@yahoo.com


Topping without accessoriesTopping with heart sugar accessories

Macammana Yatie buat chocolate topping ni ? Resipi yang digunakan adalah seperti dibawah:
CHOCOLATE TOPPING
150ml UHT whipping cream
350g dark chocolate (potong kiub)
1 sudu besar butter (dicairkan)
Panaskan whipping cream secara double boil. Masukkan chocolate & kacau sehingga semuanya cair. Tutup api dan masukkan butter. kacau sehingga sebati.
Biar sejuk seketika sebelum diletakkan atas kek atau cupcake.

Monday, April 27, 2009

KEK PELANGI

Kek pelangi yang ditempah oleh Shirley dari Sabah untuk harijadi adiknya di Cheras.
Happy birthday Halimah & terima kasih Shirley.


Sunday, April 26, 2009

DONUT

Donut yang ditempah oleh Ina dari Desa Puteri untuk harijadi anaknya.
Donut ini menggunakan resipi donut mix.

Bahan yang diperlukan :

1. Donut mix 500gm
2. Yis segera 12gm
3. Telur (Size B) 1 biji
4. Air 165gm
5. Butter 50gm
6. Shortening 5gm

Cara - cara :

1. Donut mix dan yis diadun hingga sebati

2. Masukkan telur & air dan dikacau sebati dengan kelajuan perlahan, selepas itu itu diputar dengan kelajuan medium sehingga adunan terbentuk

3. Masukkan butter & shortening dan diuli sehingga 15 -20 minit

4. Biarkan adunan sehingga naik dua kali atau 45-60 minit

5. Bentukkan adunan menggunakan acuan donut

6. Goreng sehingga warna keemasan.






Puan Ina juga menempah kek cokelat moist & agar-agar marble.