MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, January 30, 2009

KEK AFRICAN MARBLE

Kek African Marble yang ditempah oleh Suzana dari Eversafe.

Thursday, January 29, 2009

KAYA/BLUEBERRY PASTRY

Kaya & Blueberry Pastry ditempah oleh jiran depan rumah, Liza dari Green Valley Park.

Wednesday, January 28, 2009

DOUBLE CHOCOLATE KEK

Thank you to Norli & HR members in Menara Tan & Tan, Jalan Tun Razak for ordering this cake for their dear friend, Hasrul. Happy Birthday Hasrul.
Ada sedikit kelainan tentang kek ini dimana Yatie memberi namanya 'double choc' kek. Kalau secret recipe ada chocolat indulgence, Yatie ada 'double choc' kek. Tak nak kalah tu.
Sayangnya yatie tak dapat nak mengambil gambar kek setelah dipotong untuk dikongsi bersama. Tapi apa yang kelainannya adalah, kek dilapis dengan 2 layer. Layer pertama dilapis dengan cokelat yang dicampur dengan whip cream manakala layer kedua dilapis dengan cokelat putih juga yang telah dicampur dengan whip cream. Yummy for chocolate lovers !!!!!
Toppingnya pula Yatie salutkan dengan chocolate putih + whip cream, sejukkan dan akhir sekali disalutkan dengan cokelat ganache. Pghhhhh .... comment from Norli is "the cake is so rich with chocolate".

Monday, January 26, 2009

FLOWERS FOR MY BIRTHDAY

Hmmm ... it's my birthday ... bila ??? biarlah rahsia ... hahahaha.
Anyway, dah lama berlalu cuba lambat posting .... thank you to all for the birthday wishes, thank you to my friend, thank you to my family - sons & daughter and especially to my hubby, and last thank you to my boss.
Photo above is a birthday flower from my boss. As for my hubby, thank you for the birthday present & for the support.

Saturday, January 24, 2009

MUFFIN

Adunan blueberry muffin & lime chocolate rice muffin sebelum dibakar.


Orange chocolate rice muffin dan strawberry muffin baru siap dibakar.



Yatiecooking buat bermacam-macam flavor muffin untuk jamuan Rukun Tetangga Blok 27B Daisy.

Friday, January 23, 2009

VARIOUS TARTS


kiwi tart - RM0.60/pc

strawberry tart - RM0.60/pc

strawberry tart with pudding - RM0.90/pc

cokelat tart with strawberry - RM0.70/pc

fruit tarts - RM0.90/pc

Thursday, January 22, 2009

WALNUT CARROT KEK

Walnut Carrot Kek yang ditempah juga oleh Puan Tini dari Selayang. Thank you for your support.

KEK COKELAT

Kek Cokelat ditempah oleh Puan Tini dari Selayang untuk anaknya.

Wednesday, January 21, 2009

BLUBERRY/KAYA PASTRY

Blueberry & Kaya pastry yang Yatiecooking sedekahkan untuk jiran di majlis kenduri kesyukurannya.

Tuesday, January 20, 2009

SAGU MATA IKAN

Hmmmm ... rasa-rasa macam kenal ke masakan nie. Inilah sagu mata ikan. Makanan yang paling mudah untuk disediakan dan sejuk aje tekak nie bila disuapkan ke dalam mulut....

Asyik-asyik buat kek, teringin juga nak try resipi-resipi lama ni. Resipinya tak ada le susah mana. Lain orang lain cara buatnya. Saya dah tengok banyak resipi nie tapi ikan style mak le senang.

Sagu mata ikan direbus dengan air (agak-agak) sehingga masak. Ada orang dia rendam dulu lepas tu direbus - cara ini selalunya sagu tu tak nampak sebiji-sebiji spt yg saya buat. Dah masak angkat dan ditapiskan dengan melalukan air supaya kelekitan dia tu dapat dibersihkan.

Sediakan santan dan cairkan gula merah sebagai sirapnya. Siap untuk dihidang.

Monday, January 12, 2009

BAKED CHEESE KEK

Hmmm ... baked cheese kek lagi. Yatie buat untuk anak sulung for his birthday. Happy Birthday Ikhwan!!!!! Thank you for all your support all these years.

Sunday, January 11, 2009

BAKED CHEESE KEK

Baked Cheese Kek ditempah oleh Kak Jun dari Green Valley Park, Bandar Tasik Puteri Rawang.
Thank you Kak Jun for the order.
I like to bake this kek because it is very very easy. Kena pulak orang macam I ni pemalas. Tengok resipi complicated aje dah tak nak try .... hahahahah. So sesiapa yang nak cuba boleh cuba ye ....

BAKED CHEESE KEK

250gm cream cheese
200l fresh cream/plain yogurt (Yatie tak pandai sangat dgn penggunaan fresh cream Yatie pakai aje yogurt)
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula

CARA-CARA:
1. Campurkan semua dan kacau hingga sebati.
2. Bakar menggunakan suhu 170C (sesuaikan dgn oven masing-masing ye) lebih kurang 40 - 45 minit.
3. Selepas 30 minit tutup kek dgn aluminium foil (apa tujuan asal Yatie tak pasti, tapi pernah try tak tutup kek tu jadi merekah)

Resipi nie Yatie dapat dari penyumbang resipi di MyResipi. Tak ingat plak namanya.

KEK COKELAT


2 biji kek cokelat Yatie buat untuk anak-anak di jamuan Persatuan Silat Gayong mereka.

Thursday, January 8, 2009

CHOC MARBLE CHEESE CAKE

This is my order from Shirley in Sabah. Jauh nun disana .... Shirley menempah Chocolate Marble Cheese Kek untuk abangnya di Kota Damansara. Thank you Shirley kerana tak jemu-jemu menjenguk yatiecooking and thank you for your order.

CARROT KEK WITH CHEESE TOPPING

Carrot Kek with Cheese Topping juga tempahan ulangan dari Tini di Selayang. Terimakasih.

KEK PELANGI

Kek Pelangi, ulangan tempahan dari Zaiton di Kota Damansara dan Kak Wan di Brunei Embassy.
Terimakasih atas sokongan.

Wednesday, January 7, 2009

LORONG 3/13 FAMILY DAY

Masih lagi berkisar tentang cerita di Tahun 2008. Macam sayang pulak nak ditinggalkan dengan banyak kenangan manis & pahit. Walaubagaimanapun, dah masuk pun Tahun 2009 so kenalah mengikut putaran masa yang beredar. Kalu nak balik gak kat Tahun 2008 kena buat le time shell sendiri macam dalam cerita Back to the Future .... heheheh

Lari juga dari topik masakan, ini kisah Family Day atau dalam Bahasa Malaysia kata 'Hari Keluarga' untuk lorong 3/13, Blok 27B, Green Valley Park, Bandar Tasik Puteri Rawang. Ini adalah program hari keluarga yang ke-2 kami setelah berjaya dilakukan tahun sebelumnya di Port Dickson. Cuma tahun nie pilih tempat lain le ... cherating.

Setelah dicampur tolak dan diambil kira dari segala segi dan sudut, habis budi bicara dan timbang tara terlibat, akhirnya kata sepakat memilih 20/21 Disember untuk Hari Keluarga kami. Masih ada beberapa keluarga yang tidak dapat mengikuti rancangan ini tapi apakan daya , mungkin di tahun hadapan boleh cuba lagi ... hahahahah


Akhirnya Lis Na Ree Beach Resort, cherating dipilih. Lihat le gambar kami sekeluarga. Maaf le gambar orang lain lupa nak ambik .... heheheheh.

Kalu tanya pasal tempat nie, ok & nice place. Dia kecil aje. Kalu nak expect mcm 3 bintang tak de le. Hotel dia cuma ada barang-barang keperluan untuk hidup aje. Tapi tempat nie nak kena improve dia punya swimming pool le. Kali terakhir kami pergi, ok good condition tapi sekarang dia dah nak kena baiki le swimming pool tu ... merbahaya.

Lebih kurang pukul satu petang kot rombongan dari rawang nie tiba .... eh... eh... saya pun dari rawang gak cuma saya tiba sehari lebih awal. Nie saya tengak lepak kat gerai kat depan resort tu, lepak dok mkn keropok lekor. Sambil tu 'snap' le gambar dia orang.

Sebab semua orang sampai awal, bilik pulak masih belum ready. Apa lagi terus ke Plan B. Pi cari otak-otak le.

Nie dalam perjalanan ke Kemaman nak cari makan tengahari sambil nak makan otak-otak 'power' katanya.

Ha! Inilah dia kedainya. Dah tolong promosi nie .... harap-harap next time pergi dapat le diskaun .... hahahahah


Kedai terus diserbu sebaik saja kami sampai. Kedai yang kelihatan di gambar menjual otak-otak, pulut panggang, keropok dan kawasan yang sewaktu dengannya. Plan B kami nak pi makan tengahari di kedai sebelah, tapi tak dak rezeki ... kedai tu pun tak bukak lagi .... buka pukul 2 ptg katanya. Masa kami tiba baru pukul 1:45 petang ... hehehehehehe



Namun itu tidak melunturkan semangat kami. Kami pi shopping otak-otak dan pulut panggang. Ke Plan C.














Plan C - makan apa yang semua orang beli tu kat tepi pantai. Tak ingat dah nama pantai tu ... hehehehe





Dah kenyang, balik ke hotel. Anak-anak pulak dah tak sabar nak terjun kolam. Dah masuk kolam, tak ingat plak nak naik. Tak bagi langsung orang lain berenang .... hahahahah
Acara sebelah malam - BBQ. Macam-macam le yang ibu-ibu dah sediakan untuk dipanggang. Terimakasih buat semua yang bertungkus lumus menjayakan rancangan ini.