MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Tuesday, April 13, 2010

PAF JEJARI BADAM

Hmmm ... kali ini tak ada posting kek, beralih arah kepada mencuba resipi. Kali ini Yatiecooking membuat Paf Jejari Badam.

Nak buatnya senang sebab bahan-bahannya semua dah sedia ada, cuma nak tengok penyakit 'M' ada ke tidak.

Bahan-bahan yang diperlukan :

1) Pastry Puff (ready made available di pasaraya & kedai menjual bahan kek)




2) kuning telur


3) Gula Pasir Halus & Badam/Kismis

Cara nak membuatnya:

- Pastry Puff dinyah bekukan. Setelah lembut, gunting pastry puff mengikut size yg dikehendaki. Kalau pastry puff yang Yatie gunakan seperti dalam gambar, Yatie mendapat 3 bahagian. Ambil 1 bahagian dan gunting lagi ditengahnya tapi tidak putus.
- Sapukan kuning telur ke atas pastry puff, taburkan gula kastor & badam (kismis kalu suka) dan anyamkan pastry puff tersebut seperti gambar di bawah
- dah siap untuk dibakar. Buat le sampai banyak mana kita nak. Mudahkan ... heheheh
- Bakar mengikut kesesuaian puff & oven masing-masing. Recommended 180C selama 20-25 minit atau masak atau kekuningan.
Puff Jejari Badam yang telah siap dibakar. Selamat mencuba & menjamu selera.


No comments: